Tidur tak lena, makan tak nyaman

Chimpanzee (Pan troglodytes)
Cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara Malaysia.

Tidur tak lena, makan tak nyaman (R-1,M-156)
You sleep, but not soundly: you eat, but get no satisfaction from your food

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah "Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam)".

Pantun menarik menggunakan … sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Memikat balam di Gunung Banang
Anak kera tidur melata
Tidur malam tuan dikenang
Tidur berendam airnya mata

Sĕpĕrti lotong mĕniti dahan kayu

DSC09083
Monyet di Zoo Negara Malaysia.

Sĕpĕrti lotong mĕniti dahan kayu (R-1,M-41)
Like a monkey making its way along a bough. Keeping its eyes on the bough and not looking to right or left.

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya”.

Pantun menarik menggunakan lotong sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Kulitlah ketam dipanggang lotong
Panggang di dapur tinggal tulang
Nasibku badan tidak beruntung
Ayam ditambat disambar helang

Bĕrhakim kapada bĕrok

Chimpanzee (Pan troglodytes)
Chimpanzee (Pan troglodytes) di Zoo Negara Malaysia.

Bĕrhakim kapada bĕrok. (R-1,M-133)
To go to the monkey for justice.

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi“.

Kĕra lotong tĕrlalu makan, tupai di-julai timpa pĕrasan

Orang Utan (Pongo pygmaeus)
Orang Utan (Pongo pygmaeus) di Zoo Negara Malaysia.

Kĕra lotong tĕrlalu makan, tupai di-julai timpa pĕrasan. (R-1,M-96)
When the monkeys eat too much, the squirrels on the lower branches have to suffer for it.

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan”.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, “julai” bermakna “ranting (kayu) yg hujung sekali”. Dalam bidalan ini, tupai yang mencari buah-buahan di hujung ranting pokok akan tersiksa kelaparan kerana kera telah terlebih dahulu menghabiskannya.

Anak di-pangku di-lĕtakkan, bĕrok di-hutan di-susukan

Chimpanzee (Pan troglodytes)
Cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara Malaysia.

Anak di-pangku di-lĕtakkan, bĕrok di-hutan di-susukan. (R-1,M-203)
The child on the lap is set down, while the monkey from the forest is taken to the breast.

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan)”.