Nak mĕndapat pisang tĕrkupas

DSC08540
Setandan pisang berangan masak di pokok.

Nak mĕndapat pisang tĕrkupas (R-1,M-8)
He wants his bananas ready skinned for him
[Google Translate: English to Chinese (Simplified) translation]
Tā xiǎng wèi tā zhǔnbèi hǎo tā de xiāngjiāo bāopí.
他想为他准备好他的香蕉剥皮。

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar)”.

Pantun menarik menggunakan pisang berangan sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Pisang berangan tumbuh di batu
Buah ada jantung tiada
Sudah malang untung nasibku
Tuah ada untung tiada