Mĕmanjat pokok chĕkur boleh jatuh mati

DSC09519
Seorang lelaki sedang memanjat pokok kelapa. Gambar dirakam di sebuah estet pelancungan di Filipina.

Mĕmanjat pokok chĕkur boleh jatuh mati (R-1,M-69)
In climbing a chĕkur one may fall to one’s death!

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia), cekur adalah “nama sj herba yg umbinya boleh dibuat ubat, Kaempferia galanga.

Merujuk kepada Wikipedia (lihat di sini), “Kaempferia galanga, commonly known as kencur, aromatic ginger, sand ginger, cutcherry or resurrection lily, is a monocotyledonous plant in the ginger family. It is found primarily in open areas in southern China, Taiwan, Cambodia and India, but is also widely cultivated throughout Southeast Asia.

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit”.

Pantun menarik menggunakan cekur sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Cekur manis separuh hidup
Masaklah kari berganti-ganti
Jangan ditangis cerai hidup
Lepas seorang berdua ganti

Advertisements

Matahari boleh-kah di-tutup dĕngan nyiru?

Putrajaya Lake
Matahari terbenam di Tasik Putrajaya

Matahari boleh-kah di-tutup dĕngan nyiru? (R-1,M-115)
Can the sun be concealed with a winnowing-pan?

Sunset at Alam Damai
Matahari terbenam di Alam Damai, Cheras.

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Kebenaran itu tak dapat disembunyikan”.