Tidur tak lena, makan tak nyaman

Chimpanzee (Pan troglodytes)
Cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara Malaysia.

Tidur tak lena, makan tak nyaman (R-1,M-156)
You sleep, but not soundly: you eat, but get no satisfaction from your food

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah "Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam)".

Pantun menarik menggunakan … sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Memikat balam di Gunung Banang
Anak kera tidur melata
Tidur malam tuan dikenang
Tidur berendam airnya mata