Jangan di-tĕntang matahari chondong, takut mĕngikut jalan tak bĕrĕntas

DSC08774
Matahari terbit – pemandangan di sebuah desa pertanian berhampiran Borobudur, Yogyakarta, Indonesia.

Jangan di-tĕntang matahari chondong, takut mĕngikut jalan tak bĕrĕntas (R-1,M-173)
Stand not facing the setting sun or you may find yourself following uncleared paths (which may lead to trouble)

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa”.

Pantun menarik menggunakan matahari sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tinggi-tinggi matahari
Anak Endau pantai Melaka
Hilang laki boleh dicari
Hilang bini badan binasa