Tak dan gesek biola, nak mĕnari dahulu

Day 39
Penari Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Tak dan gesek biola, nak mĕnari dahulu (R-1,M-112)
He wants to dance before the fiddles have struck up

Takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “Berbuat sesuatu sebelum sampai waktunya. tak dan = tak sempat”.

Pantun menarik menggunakan biola sebagai pembayang – dipetik dari Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka

Gesek biola tali empat
Putus satu tali kecapi
Sudah cari serata tempat
Baru dapat kehendak hati